Untuk Mencapai Keputusan Yang Cemerlang.
Wednesday, 11 July 2012 @ 01:37 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum w.b.t semuaa,salam 1 malaysia :D Kawan-kawan semua macam mana? sihat? :) Alhamdulillah,syukurlah kalau sihat. PMR dan SPM nak dekat daa haaa.Itew budak PMR bukan SPM, okayy :p .Bissmillahirahmanirahim, Ya Allah semoga engkau mempermudahkan perjalanan aku untuk menempuhi peperiksaan PMR pada bulan Oktober nanti dengan hati yang tenang dan terangkanlah hati aku ketika aku hendak menjawab kertas peperiksaan PMR dengan mudah serta memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 8A .Insyaallah,Ameen :) .Saya ada sedikit nasihat kepada anda semua. Jika anda inginn mencapai sesuatu matlamat yang anda ingin kecapi anda hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapaingya.Gagal? gagal dalam peperiksaan sebelum ini akan membuatkan anda lebih berjaya.Percayalah.Anda pasti akan berterima kasih dengan keputusan yang gagal sebelum ini kerana keputusan yang gagal itulah yang membuatkan anda lebih bersemangat dalam mencapai keputusan yang cemerlang.Malu tak? kalau orang yang bisu,pekak,cacat penglihatan,tempang boleh memperolehi keputusan yang cemerlang, tetapi kita yang sempurna ni ada tangan ada hidung ada mata tak dapat pun keputusan yang cemerlang macam orang yang kurang sempurna itu tadi kan? Semua orang layak memperolehi keputusan yang cemerlang jika mereka yakin dan berusaha bersungguh-sungguh.Anda semua tak kasihan ke dengan kedua ibu bapa kita yang bertungkus-lumus bekerja untuk memberi makan dan tempat perlindungan untuk kita? Belum lagi masuk bab duit belanja yang mereka bagi dekat kita kan? Takkan anda tak nak balas jasa mak dan ayah anda yang banyak membantu kita selama ni? Fikir-fikirkanlah dan renungilah apa yang sudah saya bicarakan tadi.Semoga kita menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi anak yang berguna kepada kedua ibu bapa kita nanti,Insyaallah :) .Untuk pengetahuan anda semua apa yang saya tuliskan tadi bukannya copy dan paste saya buat ayat tu semua memang hasil tangan saya sendiri dan memang ilham dari Allah yang bagi untuk saya untuk tulis semua nih, btw itu sahaja nasihat saya, Assalamualaikum :).
|
|